Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

28/01/2011 Raihanna Kamarudin @ my pastry basket class




Inilah bakul pastri yang disiapkan oleh Raihanna Kamarudin, kecil2 cili padi, begitu bersemangat menimba ilmu bakery sambil bercuti. Ada peribahasa mengatakan "carilah ilmu walau sampai ke negeri China" tapi Rai pulak "seperti sireh pulang ke gagang" semata2 untuk mencari ilmu walaupun dalam bercuti. Syabas Rai, semoga berjaya dalam kedua2 bidang, bertuahlah siapa yang jadi pasangan Rai nanti! Selamat meneruskan pengajian semoga kembali nanti jadi doktor yang berjaya!

23/01/2011 zaimah @ my pastry basket class



Inilah bakul pastri buatan tangan Zaimah dari Kuala Lumpur. Bercadang untuk menjalankan kelas seperti ini di kampung halaman sendiri, saya doakan semoga apa yang di cita2kan akan berhasil dan berjaya.

Wednesday, January 19, 2011

08/01/2011 Nora Sweet Cake @ my pastry basket class



*pic credit to nora sweets cake.

Nora dari Bangi,manis orangnya sesuai dengan nama Nora Sweets Cake .Dapat juga akhirnya belajar membuat bakul pastri setelah menangguhkan kelas yang sepatutnya diadakan seminggu sebelumnya.Terima kasih ya Nora,cantik foto2 yang Nora tag tu.
Anda boleh kunjungi blog Nora di http://heavenlysweetscake.blogspot.com/

01/01/2011 Nani Rohaizah @ my pastry basket class



pembuka 2011,Nani Rohaizah dari Shah Alam dengan bakul pastrinya, semoga berpuashati.
kunjungi blog Nani di, www.dnanihomebakery.blogspot.com

26/12/2010 Liza Othman @ my pastry basket class



Inilah bakul hasil kerja Liza Othman dari Johor Bahru.Walaupun tiba agak lewat pukul 1.30 tengahari namun dapat menyiapkan bakulnya menjelang 7.30 malam. Pengalaman membuat roti banyak membantunya menjadi antara yang paling cepat menyiapkan bakul pastri ini.Syabas Liza,semoga berjaya membuat satu lagi bakul dalam masa yang terdekat ini (katanya " saya nak buat balik nanti sementara semangat masih berkobar2").
Untuk melihat hasil roti-roti gebu liza, add liza di facebooknya :- Liza Othman. =)

25/12/2010 Norita Kamal @ my pastry basket class




25/12/2010 Seorang lagi dari ganu, Norita Kamal, lemah-lembut orangnya dan sentiasa tersenyum. Balik ganu nanti cuba buat ya Ita, jangan tak cuba.....

Tuesday, January 18, 2011

24/12/2010 Ezah Ezam @ my pastry basket class




Ezah Ezam dari ganu,siap bawa ole2 lagi.Cukup tangkas jari-jemarinya menganyam dan menjalin bakul.Begitu juga ketika membentuk tart buah.Terima kasih ezah.........sedap keropok yang ezah bagi tu.

20/12/2010 Suzana Raman @ my pastry basket class.




"Penang mai" tapi jemput kat Kajang bawak balik rumah. Kerana minat sanggup melalui apa saja halangan untuk menambah ilmu.
Cik Zana kita ni pun ada buat kelas kek, so sape-sape yang berminat, search facebook zana :- Suzana Raman.
(p/s :- mak saya, pn mirawati mohamad ni la, mmg minat sangat kat hasil kerja zana, lagi-lagi roses dia.katanya, satu hari nanti dia mesti nak pi belajar ngan zana) =)

11/12/2010 Murni La Pisa & Leeza Homebakery @ my pastry basket class






1st time saya buat kelas untuk 2 orang, atas permintaan 2 sahabat baik ini, Murni dan Leeza. Seronok dapat mengajar mereka sambil bertukar-tukar cerita. Leeza juga ada mengajar berbagai kelas. Kunjungi blog leeza di, http://homebakery-leeza.blogspot.com/

3/12/2010 Laily @ my pastry basket class.




Bakul pastri yang dihasilkan oleh Laily Hashman. Terima kasih sudi datang ke kelas kak mira, walaupun terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat 13 (time laily dtg tu plak lif rosak,padahal pagi tu elok je).minta maaf ye di atas masalah teknikal yang tak di jangka tu.

Thursday, December 2, 2010

Liza @ my pastry basket class




01-12-2010 Hasil kerja tangan Nurliza dari Putrajaya.
Terima kasih liza,seronok dapat mengajar liza buat bakul ni.

Kak Pau @ my pastry basket class



Inilah hasil kerja tangan Kak Pau, semoga Kak Pau berpuas hati.Terima kasih Kak Pau kerana sudi belajar dengan saya.

Zati D'hati @ my pastry basket class.



Alhamdulillah,selesai sudah kelas bakul pastriku yang pertama kali di adakan......fuhh! keluar peluh jantan dibuatnya maklumlah bukan calang2 orang yang datang belajar tu......sifuku sendiri. Apapun terimakasih sifu kerana sudi belajar dengan kak mira,.. harap2 sifu berpuas hati.......=))

Thursday, November 25, 2010

with a touch of colour.



cuba versi berwarna pula. =)

Tuesday, November 23, 2010

KELAS BAKUL PASTRI

Pelajari cara-cara membuat bakul pastri,bermula dari membuat doh,membentuk dan menganyam bakul serta tart nenas berbentuk buah.


*picture-credit to ZATI D'HATI FANCYLICIOUS CAKE.

KELAS BAKUL PASTRI MODUL 1

-BAKUL PASTRI BERTANGKAI SAHAJA

-BENTUK BULAT @ EMPAT SEGI (PILIH SALAH SATU)



KELAS BAKUL PASTRI MODUL 2

-BAKUL PASTRI BERTANGKAI TANPA PENUTUP

-BENTUK BULAT @ EMPAT SEGI (PILIH SALAH SATU)

-TART NENAS BERBENTUK BUAH



*picture-credit to ZATI D'HATI FANCYLICIOUS CAKE.

KELAS BAKUL PASTRI MODUL 3

-BAKUL PASTRI BERTANGKAI DENGAN PENUTUP

-BENTUK EMPAT SEGI

-TART NENAS BERBENTUK BUAH

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0